Isnin, 9 Mac 2015

PAKEJ RAWATAN






Urutan Selepas Bersalin ( 3 Jam)

PAKEJ BIASA 3 HARI = RM380

1) Urutan Seluruh Badan
2) Urutan Buang Angin
3) Urutan Payu Dara Bagi Menghilangkan Bengkak Susu & Perbanyakkan Susu
4) Urutan Melancarkan Peredaran Darah
5) Urutan Melawaskan Buang Air Besar
6) Urutan Mengeluarkan Sisa Darah Kotor
7) Urutan Kepala
8) Sengkak Perut
9) Bertungku
10) Berbengkong
11) Param & Pilis

12) Mandi Herba


Urutan Seluruh Badan ( 1 Jam 30 Minit = RM100)

1) Urutan Badan
2) Urutan Buang Angin
3) Urutan Melancarkan Peredaran Darah
4) Urutan Reflexology
5) Urutan Kepala








Selasa, 2 Disember 2014

Urutan Badan




Menurut tradisi Melayu, urutan dapat meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasa lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.

Urutan turut memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar.

Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.

Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja. Antara kelebihan urutan kepada ibu selepas bersalin adalah seperti berikut:

*  Melancarkan perjalanan darah.
*  Mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung.
*  Menaikkan rahim.
*  Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya.
*  Memecahkan lemak.
*  Mengetat dan membentuk kembali tubuh.
*  Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.

Yang menariknya, urutan tradisional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payu dara dipercayai boleh melancarkan pengeluaran susu ibu.. InshaaAllah

Amalan Bertungku



 Bertungku dan berbengkung adalah asas kepada amalan berpantang bagi ibu baru dalam budaya Melayu. Sebelum berbengkung, wanita bertungku.

Salah satu sebab utama bertungku ialah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugat kesihatan. Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan.

Bertungku juga dipercayai dapat:
  • memecahkan lemak;
  • mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
  • mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.

Tungku dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian dilapiskan dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Bertungku di bahagian ari-ari, peha dan tapak kaki.

Pemakanan Ketika Berpantang



Jenis Lauk yang boleh diambil ketika berpantang

Mengikut Petua Melayu, antara ikan yang boleh dimakan ialah ikan haruan dan yu. Seeloknya makan ikan ini sepanjang berpantang kerana dapat menyembuhkan luka-luka dalamam dan luaran. Jika susah mendapatkan ikan haruan boleh juga diganti dengan ikan bilis, ayam atau daging.


Jenis Lauk yang perlu dielakkan

Perbidanan Melayu melarang wanita yang bersalin memakan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Selain ikan berbisa & bersengat, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Ikan masin atau ikan kering juga perlu dielakkan kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.


Ulam-ulaman

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku. Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.